E-Dagang boleh dimaksudkan perniagaan atau perdagangan yang
menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan
maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi.
Melalui konsep E-Dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih
fleksibel, boleh memiliki organisasi/pejabat maya atau hanya beroperasi
di rumah dimana pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia
dan ia berjalan 24 jam tanpa henti.
Selain itu, kaedah pembayaran di dalam bentuk baru ini (secara atas
talian) ternyata amat murah dan mudah dibandingkan dengan kaedah
pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus mengurangkan
keperluan kepada pengaliran wang tunai.
Tambahan lagi, Huruf e yang merujuk kepada Elektronik atau elektrik merupakan salah satu kaedah penyampaian yang digunakan untuk mengumumkan atau menyampaikan sesuatu kepada orang ramai. kaedah ini bukan sahaja banyak digunakan dalam perniagaan malah bidang pendidikan turut menjadi salah salah platform untuk menyampaikan ilmu.
Dalam perniagaan, e-commerce berperanan sebagai satu platform untuk mempromosikan produk dimana berlakunya proses pembelian dan penjualan produk atau perkhidmatan yang dikawal melalui internet dan rangkaia komputer yang lain.

No comments:
Post a Comment