Tuesday 23 September 2014

Latihan memantapkan lagi penguasaan dan pemahaman anda (~_^)

Soalan 1:- Berikan maksud Enjin Carian dan Nyatakan 4 Contoh Enjin Carian?

Soalan:-
Berikan 2 Fungsi Enjin Carian yang anda tahu.



Jawapan anda hendaklah ditulis melalui ruangan comments.

ENJIN CARIAN


ENJIN CARIAN

Pada masa kini, teknologi internet banyak memberi manfaat kepada penggunakanya terutamanya dalam mencari maklumat. penggunaan Enjin Carian dalam teknologi internet amatlah penting ini kerana ia merupakan perkhidmatan yang membenarkan penggunanya mencari pelbagai maklumat. sebelum kita ceritakan lebih luas lagi mengenai Enjin Carian, mari kita memahami apa itu yang di maksudkan dengan Enjin Carian. 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ENJIN CARIAN.

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.
Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap perkhidmatan yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.


Enjin Carian Untuk Semua Tujuan



Google :: Enjin Carian paling popular abad ini




Bing :: Microsoft's entry.




Yahoo! Search :: Yahoo Search adalah enjin carian yang kedua terbesar selepas Google.




Altavista :: Dilancarkan pada 1995. Dibangunkan oleh seorang Researcher di Digital Equipment Corporation's Western Research Laboratory.




Cuil :: Disebut Cool. Dibangunkan oleh sebuah kumpulan ex-Googlers dan yang lain dari Altavista dan IBM. Dikenali sebagai 'Google Killer'. Dilancarkan pada July 2008. Bakal menandingi Google dari aspek pengguna.




Excite :: Salah satu 90 dotcom yang terkenal




Go.com :: Enjin Carian Walt Disney Group. Family-friendly!




HotBot :: Dilancarkan pada 1996 oleh Wired Magazine. Sekarang hanya interface untuk Ask.com dan MSN.




AllTheWeb :: Enjin carian yang dimiliki oleh Yahoo dan menggunakan pangkalan data Yahoo tetapi berbeza dalam mempamirkan result carian.




Galaxy :: Dilancarkan pada 1994. Merupakan sebahagian dari bahagian Einet di MCC Research Consortium di University of Texas, Austin.




AOLSearch :: Sekarang dikuasakan oleh Google. Secara rasminya menjadi hak milik Google.




Live Search :: Dahulunya dikenali sebagai Windows Live Search dan MSN Search. Enjin Carian hak milik Microsoft. Dibangunkan untuk menandingi Google dan Yahoo.




Lycos :: Tujuan asal untuk kandungan hiburan sahaja. Kini menjadi harta online yang ke 13 terbesar.




GigaBlast :: Dibangunkan oleh bekas programmer dari Infoseek. Semua enjin carian yang unik. Sesuai untuk para programmer.




Alexa Internet :: Menyediakan info berkaitan traffic sesebuah website.
 

 Fungsi Enjin Carian
  1. Menjejaki/mencari/menerokai segenap pelusuk dunia online dengan berpandukan kepada beberapa perkataan penting.
  2. dengan mengindex segala perkataan yang telah dijumpai ke dalam Pangkalan data enjin carian.
  3. membenarkan pengguna internet mencari perkataan atau gabungan perkataan yang terdapat dalam pangkalan data mereka yang telah diindex.
Sumber Maklumat diperoleh daripada laman web berkenaan:-
  1. http://canselorkomunikasi.blogspot.com/2010/10/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-enjin.html
  2. http://newbiezz.blogspot.com/2010/06/senarai-enjin-carian.html
  3. http://www.aimannajmy.com/dunia-blogging/pemahaman-asas-enjin-carian-part-1/ 

BAB 2: APLIKASI INTERNET


TOPIK: 2.3 APLIKASI INTERNET

SUB TOPIK: 2.3.3 SENARAIKAAN ENJIN CARIAN YANG BIASA DIGUNAKAN

                  2.3.4 NYATAKAN FUNGSI ENJIN CARIAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:-

  1. Menyatakan secara lisan dan bertulis Definisi Enjin Carian dengan betul.
  2. Menyenaraikan  secara lisan dan bertulis sekurang-kurangnya 3 contoh Enjin Carian dengan betul.
  3. Menyatakan secara lisan dan bertulis sekurang-kurangnya 1 fungsi Enjin Carian dengan betul.



Friday 20 December 2013

My Group presentation about SaaS

Last pembentangan untuk Kelas Advance it........

SaaS (SOFTWARE AS A SERVICE)


Komputer Awanan (Cloud Computing)

Menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan  segala data peribadi anda sama ada dalam bentuk dokumen, gambar, video, audio dan sebagainya.

 Komputer Awanan terbahagi kepada 3 model iaitu IAAS, PAAS dan SAAS. 

untuk maklumat lebih lanjut mengenai Komputeran awanan ini, lihat pada link Prezi di bawah ini. ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan perbentangan untuk subjek saya. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk kamu semua...