Hari ini admin hendak berkongsi dengan kamu semua mengenai Komunikasi Media. sebagaimana yang kita ketahui, komunikasi adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Menurut Dominic (2002), Komunikasi media merupakan suatu proses penghantaran mesej oleh sebuah organisasi atau institusi yang kompleks kepada pengguna yang ramai dan berlaianan dari pelbagai lokasi.
Komunikasi media juga boleh didefinasikan sebagai suatu proses memindahkan maklumat-maklumat iaitu mesej kepada pengguna yang ramai dengan menggunakan pelbagai saluran yang merangkumi media cetak, audio dan visual.
Apakah fungsi Komunikasi data kepada kita semua?? terdapat beberapa fungsi penting yang sentiasa mempunyai kaitan dalam kehidupan seharian kita.Antara fungsi komunikasi media ialah melalui email, usenet, Gopher, Newsgroup dan Telnet (Teletype Network).
Email
komunikasi melalui email merupakan satu saluran yang selalu digunakan oleh pengguna rangkaian. antara fungsi-fungsi email dalam komunikasi media ialah menghantar, menerima maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, video, visual dan lain-lain dengan pantas dan tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos.mesej yang dihantar melalui email ini akan di simpan di dalam server sehingga penerima mesej itu membaca email tersebut.
Selain daripada itu, dalam email terdapat penggunaan CC dan BCC dimana admin pun tidak tahu apa fungsi kedua-dua ini dalam email. di sini , admin ingin berkongsi pada kalian semua mengenai kedua-dua fungsi ini.
CC (Carbon copy) : penghantaran salinan mesej utama kepada pengguna lain.
BCC (Blind carbon copy) : menghantar email kepada alamat penerima utama tanpa didedahkan kepada penerima lain di CC.
Usenet
Ia merupakan singkatan untuk User Network. fungsinya adalah untuk bertukar-tukar pesanan iaitu teks mesej di antara mode komputer dan server.
Gopher
Ia merupakan aplikasi yang berfungsi untuk mencari data di internet melalui komputer lain tetapi hanya mengandungi kandungan yang berbentuk teks sahaja.
Newsgroup
Merupakan kumpulan perbincangan maya dalam internet dan ia adalah satu foru perbincangan berasaskan elektronik dalam internet. dengan adanya newsgroup ini pengguna rangkaian boleh saling berkongsi idea dan berbincang pelbagai topik.
Telnet (TeleType Network)
Membolehkan pengguna untuk menyambung kompyer Multiuser di intermet sama ada dalam bangunan lain atau keseluruhan bahagaian lain di dunia menerusi perkhidmatan remote login
Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melihat slide prezi yang saya lampirkan dibawah ini..