Software as a Service (SaaS) atau dalam bahasa melayu ia di sebut sebagai perisian sebagai perkhidmatan. SaaS merupakan salah satu model yang terdapat dalam Cloud computing .SaaS menyediakan pelbagai perkhidmatan aplikasi yang dihoskan oleh pembekal perkhidmatan (vendor) untuk digunakan oleh pengguna melalui internet. SaaS semakin meluas dan menjadi model penyampaian dimana ia menggunakan teknologi asas yang menyokong perkhidmatan web dan seni bina berorientasikan perkhidmatan (SOA) seperti Ajax. Antara perisian yang disediakan ialah email (Gmail, Yahoomail, Hotmail), sosial network (Facebook, twitter, friendster dan lain-lain), instant messager (Yahoomessenger, skype) dan banyak lagi.
Rujukan: http://searchcloudcomputing.techtarget.com/definition/Software-as-a-Service
Kelebihan Model SaaS
- dapat menggunakan aplikasi secara percuma
- perkhidmatan aplikasi yang mesra pengguna
- perkhidmatan aplikasi yang selamat dari segi penyimpanan data
- tidak perlu untuk install, setup dan boleh dijalankan dengan selamat kerana vendor yang akan uruskan
selain daripada maklumat di atas, anda boleh melihat melalui padlet yang saya sediakan dibawah ini.